Free

JEMPUTAN TAKLIMAT DANA LATIHAN KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (KW...

Event Information

Share this event

Date and Time

Location

Location

PSMB @ Wisma HRDF

6 Jalan Beringin

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50490

Malaysia

View Map

Event description

Description

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Tuan / Puan / Cik,

PER: JEMPUTAN TAKLIMAT DANA LATIHAN KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (KWPSM) DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri Taklimat berkenaan Dana Latihan KWPSM di bawah seliaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

PSMB adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk membangunkan tenaga –tenaga mahir dikalangan majikan swasta melalui peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001. Taklimat yang akan diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada majikan-majikan berkenaan fungsi Dana Latihan KWPSM dan juga mengenalpasti kelayakan-kelayakan untuk Dana Latihan ini di bawah peruntukan Akta sedia ada.

Justeru, Tuan/Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai taklimat secara PERCUMA ini untuk mengetahui kelayakan serta bagaimana untuk mendapat faedah-faedah yang diperuntukan di bawah Dana Latihan ini yang boleh memberi manfaat daripada skim-skim latihan yang ditawarkan kepada majikan-majikan yang layak. Taklimat ini adalah secara percuma dan makanan ringan akan disediakan kepada peserta –peserta. Taklimat akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 12 Disember 2019 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Wisma PSMB, Jalan Beringin, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur

4. Majikan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran di link KLIK DISINI bagi menghadiri sesi ini. Dalam masa yang sama, majikan diminta untuk menyediakan dokumen seperti di bawah semasa sesi taklimat ini :-

a) Borang 9

b) Borang 24

c) Borang 49

d) satu bulan penyata KWSP terkini

e) Profil syarikat/ Penyata Tahunan/ Laporan Kewangan yang telah di Audit / apa-apa dokumen yang menunjukkan aktiviti syarikat.

Mohon kerjasama pengesahan daripada pihak Tuan/Puan bagi kehadiran mengikut tarikh dan masa di atas pada atau pada atau sebelum 11/12/2019. Dilampiran juga adalah Akta PSMB 2001 bagi rujukan Tuan/Puan.

Sebarang maklumat lanjut majikan boleh hubungi saya di talian : 03- 20964869 ataupun melalui emel ini.

Sekian, terima kasih,

KAMARIAH SAMRI

Acquisition Unit

Customer Acquisition Department

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT FUND (HRDF)

Wisma HRDF, Jalan Beringin,

Damansara Heights, 50490, Kuala Lumpur

DirectLine :+603 2096 4869

Email :kamariah@hrdf.com.my

Website:www.hrdf.com.my

People, Prowess, Progress

Sayangi Malaysiaku



Share with friends

Date and Time

Location

PSMB @ Wisma HRDF

6 Jalan Beringin

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50490

Malaysia

View Map

Save This Event

Event Saved