Kuliah Duha: Kitab Sendi Agama - Tiga Serangkai oleh Ustaz Md Nazeeh Mohd
Event Information
About this event
Lanjutan kuliah Duha setiap Ahad bersama Ustaz Md Nazeeh mohd dengan pemulaan kitab yang baru, iaitu Kitab Sendi Agama - Tiga Serangkai. Kitab ini membahaskan tentang tiga bahagian dari pelajaran-pelajaran Syariat Islam. Ia disusun khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Syariat Islam dan hukum-hakamnya. Ia juga membantu pembaca dalam hal-hal yang wajib diketahui dari rukun-rukun Iman, Islam dan Ihsan.
Dalam erti kata lain, kitab Sendi Agama ini merangkumi semua mata pelajaran fardhu' ain, yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf (muslim yang baligh lagi berakal).
*Para pelajar mesti telah divaksin sepenuhnya (14 hari selepas dos kedua)