Kuliah Duha: Tafsir Pelita Al-Qur'an oleh Ustaz Md Ma'az Sallim
Event Information
About this event
Kuliah ini terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat, khususnya para pelajar Ustaz Maaz yang mengikuti pengajian Kuliah Duha beliau pada setiap hari Selasa yang lalu.
Tafsir Al-Quran dari Juz Amma - dikumpulkan dari hasil kuliah yang disampaikan oleh penulisnya iaitu Almarhum Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri di kelas-kelas tafsir buat pelajaran orang-orang dewasa. Kandungannya telah diolah semula dengan berbagai-bagai tambahan fakta-fakta baru untuk melengkapkannya sebagai sebuah buku bacaan umum buat sekalian masyarakat supaya dapat diraih manfaatnya dan diamalkan ajarannya.
Juz Amma atau Juz 30 memang amat penting untuk dipelajari oleh kaum Muslimin, dikenal maknanya dan difahami pengertiannya kerana ia lebih banyak digunakan dalam amalan sehari-hari, tegasnya dalam solat dan sebagainya, apatah lagi jika dapat dihafalkan suruhannya beserta maknanya sekaligus, tentulah itu kemuncak yang dituntut dari setiap Muslim agar ia mengetahui apa yang dibacanya, misalnya dalam solat atau amalan-amalannya yang lain.