HATI YANG KEMBALI
Just Added

HATI YANG KEMBALI

By Alwafa

Overview

Melangkah menuju Ramadan dengan Hati yang Kembali kepada Allah

SESI KAJIAN ILMIAH BERSAMA USTAZAH HALIMAH ALAYDRUS

JUMAAT 16 JANUARI 2026

7.45mlm - 9.30mlm

Oditorium Masjid Sultan (Annex Building)

KHUSUS WANITA


Sinopsis

HATI YANG KEMBALI

Ketika manusia berpaling kerana dosa dan kesilapan, Allah setia menunggu. Dia menerima kita bukan kerana kita suci dan sempurna tetapi kerana kita kembali kepada-Nya walaupun dengan hati yang terluka, harapan yang hampir padam, masa silam yang gelap dan dosa yang menggunung.


***********

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan di mana Allah membuka pintu rahmat dan keampunan seluas-luasnya kepada hamba-Nya, termasuk mereka yang datang dengan hati yang berat, terluka dan sarat dengan dosa.

Sesi ini mengajak para hadirin untuk bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri:


Dengan hati yang bagaimana kita ingin melangkah masuk ke Ramadan? Adakah dengan hati yang merasa terlalu berdosa sehingga hilang harapan, atau dengan hati yang yakin bahawa rahmat Allah jauh lebih luas daripada dosa-dosa yang menggunung tinggi?

Penceramah akan mengupas:

  • Bagaimana Allah menerima hamba yang datang dengan dosa, bukan dengan kesempurnaan
  • Ciri-ciri hati yang doanya didengar dan diterima Allah
  • Mengapa Ramadan adalah ruang paling selamat untuk kembali, walaupun setelah berulang kali jatuh dalam kegelapan
  • Bagaimana menyiapkan hati yang jujur, rendah dan penuh harapan untuk berubah

Sesi ini juga dapat menanam keyakinan bahawa Ramadan bukan hanya untuk mereka yang sudah baik, tetapi untuk mereka yang ingin kembali dan menjadi lebih dekat kepada Allah, walaupun bermula dengan langkah yang kecil, rasa malu dan hati yang masih goyah.


http://tinyurl.com/uha-hatikembali

Category: Spirituality, Islam

Good to know

Highlights

  • 2 hours
  • In person

Refund Policy

No refunds

Location

Sultan Mosque

3 Muscat Street

Singapore, 198833 Singapore

How do you want to get there?

Organized by

Alwafa

Followers

--

Events

--

Hosting

--

20% off applied
$28.76
Jan 16 · 7:30 PM GMT+8