Free

[ONE STORY 21] Citra Insan Istimewa Dalam Kesusasteraan Melayu Kita

Actions and Detail Panel

Free

Event Information

Share this event

Date and time

Location

Location

Online event

Event description
Dr Sa'eda Buang membicarakan peranan golongan istimewa dan berkeperluan khas dalam sastera Melayu.

About this event

Sinopsis

Golongan istimewa atau berkeperluan khas wujud dalam karya-karya Melayu. Apakah peranan mereka dalam kesusasteraan kita dan bagaimanakah mereka dipaparkan? Sesi perbincangan ini diharapkan dapat menyerlahkan watak dan perwatakan golongan ini dan sumbangan mereka kepada pemikiran masyarakat pembaca.

Pemudah cara bagi sesi ini ialah Puan Sharifah Mohamed, penulis dan fasiliator tetap Kelab Membaca Ilham Pustaka 

Biodata Dr Sa'eda Buang

Dr Sa’eda Buang merupakan Pensyarah Kanan di Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura. Bidang kajian yang diminati beliau meliputi kesusasteraan bandingan, pengajian kebudayaan, pembangunan dan reformasi kurikulum, literasi kritikal, pendidikan Muslim, penilaian alternatif dan manuskrip Jawi.

Dr Sa’eda menulis puisi, cerpen, dan kertas akademik berkaitan sastera. Beliau telah memenangi Hadiah Sastera (Puisi) yang dianugerahi Majlis Bahasa Melayu Singapura pada 2013 untuk “Pustakaku Dalam Remang Senja”; Hadiah Sastera (Cerpen) untuk “Ke Puncak Pun Tidak”; dan Hadiah Sastera (Penghargaan, Puisi) untuk “Malang, Senda dan Citra”, kedua-duanya pada 2005. “Pustakaku Dalam Remang Senja”, puisi beliau yang telah memenangi hadiah, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan disiarkan dalam akhbar harian berbahasa Cina Lianhe Zaobao pada 2003.

Selain mengendalikan bengkel-bengkel penulisan kreatif di sekolahsekolah dan untuk orang awam, beliau turut berkhidmat sebagai perwakilan Singapura di Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Beliau juga merupakan penasihat serta konsultan dalam industri kesusasteraan tempatan dan antarabangsa. Di samping itu, Dr Sa’eda juga merupakan ahli dalam beberapa lembaga penasihat editorial di Indonesia dan Malaysia. Beliau turut berperanan sebagai editor undangan bagi edisi khas Asia-Pacific Journal of Education tentang Pendidikan Muslim – Cabaran, Peluang dan Seterusnya (2007) dan Editor Bersekutu bagi Asia-Pacific Journal of Education (Routledge), NIE-NTU (2014-2016). Beliau juga mengulas banyak sekali jurnal antarabangsa.

Share with friends

Date and time

Location

Online event

{ _('Organizer Image')}

Organiser GoLibrary | National Library Board, Singapore

Organiser of [ONE STORY 21] Citra Insan Istimewa Dalam Kesusasteraan Melayu Kita

The National Library Board (NLB) manages a network of 27 public libraries, the National Library and the National Archives of Singapore. NLB promotes reading, learning and information literacy by providing a trusted, accessible and globally-connected library and information service through the National Library and a comprehensive network of Public Libraries.

Save This Event

Event Saved